Dalam Raudatul
Ulamak dan diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أَتَدْرُونَ لِمَ سُمِّيَ شَعْبَانَ؟ قَالُوا: اللهُ
وَرَسُولُهُ أَعْلَمْ. قَالَ: ِلأَنَّهُ يَتَشَعَّبُ فِيهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ.
Yang
bermaksud, Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban? Para
sahabat menjawab: Allah dan RasulNya mengetahui. Baginda bersabda: Ianya
dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak kebaikan padanya.
Firman
Allah,
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ.
Yang bermaksud, Pada malam yang
berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang
mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).
Al-Dukhaan:
4
‘Ikrimah dan
sebahagian ulamak tafsir menjelaskan bahawa perkataan malam pada ayat
ini bermaksud malam nisfu syaaban.
Di sini dinyatakan
kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا
كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا
نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ
إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ،
أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا،
أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.
Yang bermaksud, Rasulullah
saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu
hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya
Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan
berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku
ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri
rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku
sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah
terbitnya fajar.
(Riwayat
Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah
saw,
إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا
لَيْلَةَ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لأَكْثَرَ مِنْ شَعْرِ غَنَمِ بَنِى
كَلْبٍ.
Yang bermaksud, Sesungguhnya
Allah Azza wa Jalla turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban maka
diberikannya keampunan terlebih banyak daripada bulu kambing Bani Kalb.
(Riwayat
daripada Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Terdapat pula dalam
hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah
saw telah bersabda,
أَتَانِى جِبْرِيلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ،
وَقَالَ يَا مُحَمَّدٌ هَذِهِ لَيْلَةُ تُفْتَحُ فِيهَا أَبْوَابُ
السَّمَاءِ وَأَبْوَابُ الرَّحْمَةِ، فَقُمْ وَصَلِّ وَارْفَعْ رَأْسَكَ
وَيَدَيْكَ إِلَى السَّمَاءِ. فَقُلْتُ يَا جِبْرِيلُ مَا هَذِهِ
اللَّيْلَةُ؟ فَقَالَ: هَذِهِ لَيْلَةُ تُفْتَحُ فِيهَا ثَلاَثُمائَةِ
بَابٍ مِنَ الرَّحْمَةِ، فَيَغْفِرُ اللهُ تَعَالَى لِجَمِيعِ مَنْ لاَ
يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا إِلاَّ مَنْ كَانَ سَاحِرًا أَوْ كَاهِنًا أَوْ
مُشَاحِنًا أَوْ مُدْمِنَ خَمْرٍ أَوْ مُضِرًّا عَلَى الزِّنَا أَوْ آكِلَ
الرِّبَا أَوْ عَاقَ الوَالِدَيْنِ أَوِ النَّمَّامِ أَوْ قَاطِعَ
الرَّحِمِ، فَإِنَّ هَؤُلاَءِ لاَ يُغْفِرُ لَهُمْ حَتَّى يَتُوبُوا
وَيَتْرُكُوا. فَخَرَجَ النَّبِيُّ عَلَيْهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ
فَصَلَّى وَبَكَى فِى سُجُودِهِ وَهُوَ يَقُولُ: اَللَّهُمَّ إِنِّي
أَعُوذُبِكَ مِنْ عِقَابِكَ وَسَخَطِكَ وَلاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ
أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ الحَمْدُ حَتَّى تَرْضَى.
Yang bermaksud, Jibril
a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Syaaban seraya berkata:
Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan
pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah
kepala dan kedua tanganmu ke langit. Maka aku
bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya: Inilah malam
yang dibuka padanya tiga ratus pintu rahmat, Allah mengurniakan
keampunan bagi mereka yang tidak menyenyutukan sesuatu dengan Allah dan
rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib,
orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang
berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya,
tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka
sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan
meninggalkan perbuatan tersebut. Lalu Nabi saw pun keluar dan bersolat
sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya: Sesungguhnya aku
berlindung kepada Engkau daripada seksaan dan kemurkaanMu. Dan tidaklah
aku dapat menghitung segala pujian kepadaMu, Engkau sebagaimana Engkau
memuji diriMu sendiri maka bagiMu segala pujian sehingga Engkau redha.
Imam
Syafi‘e berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat,
malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban.
Daripada
Saidina Umar Abdul Aziz r.a, beliau menulis kepada pegawainya di Basrah:
Bagi kamu empat malam yang istimewa dalam
setahun. Pada malam tersebut Allah mengagihkan kerahmataNya sepenuhnya.
Malam-malam itu ialah malam awal Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Idul
Fitri dan malam Idul Adha.
Apabila
tiba bulan Rejab, Rasaulullah saw berdoa dengan doa ini,
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَب
وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Justeru, pada Nisfu
Syaaban kita digalakkan untuk berpuasa di siangnya serta menghidupkan
malamnya dengan memperbanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran,
beristighfar dan melakukan solat sunat. Kemudian mohonlah doa supaya
diampunkan segala dosa, ditutup sebarang keaiban, dimurahkan rezeki dan
dimudahkan segala kesusahan.
KAIFIYYAT MEMBACA DOA MALAM
NISFU SYAABAN
Membaca
surah Yasin tiga kali, tiap-tiap satu kali bacaan Yasin, dibaca satu
kali doa.
Bacaan pertama dengan meminta dipanjangkan umur.
Bacaan kedua dengan niat menolak bala.
Bacaan ketiga dengan niat terkaya daripada
manusia.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اَللَّهُمَّ يَا ذَاالمَنِّ وَلاَ يَمُنُّ عَلَيْهِ
يَا ذَاالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ، يَا ذَاالطَّوْلِ وَالإِنْعَامِ، لاَ
اِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ظَهْرَ اللاَّجِينَ وَجَارَ المُسْـتَجِيرِينَ
وَمَأْمَنَ الخَائِفِينَ، اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَنِي عِنْدَكَ
فِى أُمِّ الكِتَابِ شَقِيًّا أَوْ مَحْرُومًا أَوْ مَطْرُودًا أَوْ
مُقْـتَرًّا عَلَيَّ فِى الرِزْقِ فَامْحُ اللَّهُمَّ بِفَضْلِكَ
شَقَاوَتِي وَحِرْمَانِي وَطَرْدِي وَاقْتِتَارِ رِزْقِي وَأَثْبِتْـنِي
عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ سَعِيدًا مَرْزُوقًا مُوَفِّقًا
لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ الحَقُّ المُنَزَّلُ عَلَى
لِسَانِ نَبِيَّكَ المُرْسَلِ يَمْحُوا اللهُ مَا يَشَاءُ وَيُثَبِّتُ
وَعِنْدَهُ أُمُّ الكِتَابِ اِلَهِي بِالتَّجَلِّى الأَعْظَمِ فِى لَيْلَةِ
النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ المُكَرَّمِ الَّتِى يُفْرَقُ فِيهَا كُلُّ
أَمْرٍ حَكِيمٍ وَيُبْرَمُ، أَسْـأَلُكَ أَنْ تَكْشِفَ عَنَّا مِنَ
البَلاَءِ مَا نَعْلَمُ وَمَا لاَ نَعْلَمُ وَمَا أَنَتَ بِهِ أَعْلَمُ
إِنَّكَ الأَعَزُّ الأَكْرَمُ، وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى سَـيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.
No comments:
Post a Comment