Cinta Anugerah Istimewa Allah.............

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 29, 2009

Lu pikir la sendiri 2........!!!


Seperti yang dijanjikan, inilah gambar manusio yang tidak bertanggungjawab... Raso hati ni, goram yo...



Kalau tak kerana jam dah pukul 0330, memang kono dah die ni!!!

Sunday, December 27, 2009

You mean everything to me...

You are the answer to my lonely prayer...

You are an angel from above...


I was so lonely till you came to me...


With the wonder of your love...




I don't know how I ever lived before...

You are my life, my destiny...


Oh my darling, I love you so...


You mean everything to me...




If you should ever, ever go away...

There would be lonely tears to cry...


The sun above would be never shine again...


There would be tearsdrop in the sky...




So hold me close and never let me go...

And say our love will always be...


Oh, my darling, I love you so...


You mean everything to me...

Tuesday, December 22, 2009

Lu pikir la sendiri..............!

"Kamu ni teruk la Omar! Kamu tahu tak sekarang dah pukul berapa? Aku nak tidur tahu tak? Yang kamu ni semua kenapa tak tidur lagi?"

Inilah dialog salah seorang kakitangan perubatan yang bertugas 'on call' di Pusat Kesihatan Simpang Durian kepada ahli keluarga pesakit yang digigit lipan. Kalau ikutkan hati memang berdarah dah muka orang tu. Dia boleh mengeluarkan kata-kata sedemikian kepada seorang pesakit yang datang ke klinik pada awal pagi 19hb. InsyaAllah gambar kakitangan terbabit akan disiarkan akan datang.

p/s: memang nak siarkan semuanya. biar die rasa. kurang ajar sangat! kalau boleh memang nak dilanjutkan untuk pengetahuan Kementerian Kesihatan Malaysia. Mane perginya motto yang terpampang di setiap klinik2 kesihatan kerajaan, 'penyayang & profesionalisme'!!!

Kamu Yang Aku Cintai....

Assalamualaikum w.b.t.......................................

Pertamanya,
“Aku cinta kamu’
Biar kata – kata itu mendahului

Biar kamu tahu
Betapa aku menyayangimu
Di seluruh ruang hati
Kamu saja yang menghadiri

Kadangkala hatiku sakit
Bukan kerna kamu yang mencalarnya
Bukan kerna kamu tiada di hati
Kerna aku ingin kamu ubati

Adakalanya kamu tidak peduli
Kamu langsung tidak mengerti
Betapa pedihnya hati ini
Namun aku mahu memahami

Kamu selalu menjadi marah
Hingga hati aku menjadi susah
Namun, kamu lagi resah
Biarlah aku yang beralah

Kamu yang aku cintai
Hatimu tidak akan aku lukai
Biar kamu marah, sedih dan menangis
Sayangku tak mungkin akan habis

Aku akhirikan,
Sebuah ungkapan,
“Aku cinta kamu”






Monday, December 21, 2009

Sektor Kerajaan vs Sektor Swasta...

kenapa majoriti memilih untuk menceburi pekerjaan dalam sektor kerajaan? sudahkah mereka berfikir panjang? jangan kerana insentif dan elaun yang ditawarkan, tanpa berfikir panjang mereka terus memilih untuk berkerja dalam sektor kerajaan. kenapa persoalan ini ditimbulkan? ape kekurangan dalam sektor kerajaan?

dalam setandan pisang, tidak semua busuk... jgn kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...


Friday, December 18, 2009

Malaysia 1 - 0 Vietnam

UNTUKMU MALAYSIA... Pemain negara merealisasikan impian negara untuk meraih pingat emas di pentas Sukan SEA selepas 20 tahun.


Tahniah pasukan bola sepak negara!! Anda layak menerima pujian ni. Setelah 20 tahun, anda telah mengakhirir kemarau pingat emas Sukan SEA...

Sunday, December 13, 2009

Bila Tanpamu....

Bismillahirrahmanirrahim.................................

sepi yang beralun bagai irama
mengiringi kerinduanku bagai senikata
kubercanda sendirian dengan kerlipan bintang
berbisik sayu di angin lalu
terusiklah hatiku saat berjauhan darimu…

sinar purnama yang melimpah indah
tidak seindah budiku…
harumnya bunga yang sedang mekar
tidak seharum dan semekar kasihmu…
mahalnya sebutir permata yang berkilau
tidak semahal pengorbananmu
segalanya begitu berharga
kerana kau membuat diriku merasa dihargai…

bila tanpamu… semakin kusedari
kaulah yang istimewa untukku
kerana membuatku merasa istimewa…

Thursday, December 10, 2009

Kediaman Kita...


Inilah kediaman yang baru selesai segala urusan untuk memilikinya. Alhamdulillah, semua berjalan seperti dirancang.

Sunday, December 6, 2009

Cinta Anugerah Istimewa Allah.............

Bismillahirrahmanirrahim..............................

Maha suci Allah yang mengurniakan pelbagai kenikmatan kepada sekalian hamba-Nya. Allah Maha Mengetahui yang mengurniakan cinta kepada kalangan manusia. Hidup manusia tidak terasa lengkap tanpa kehadiran cinta. Itu satu hakikat dengan fitrah insan yang sentiasa ingin disayangi dan menyayangi.

Allah tidak melarang hamba-Nya bercinta. Malah, Dia yang mengurniakan perasaan itu dalam hati setiap manusia. Beruntunglah bagi sesiapa yang menyucikan cinta.

Cinta nikmat bagi hati setiap insan. Tanpa cinta, manusia akan terus hidup dalam kesakitan dan kesukaran. Tanpa cinta, manusia akan saling benci membenci. Manusia akan hilang perikemanusiaan. Manusia akan sanggup menyakiti insan lain demi mencapai kepentingan diri.

Justeru, sucikanlah cinta dan suburkanlah perasaan itu dengan takwa kepada Yang Maha Esa.

Cinta yang ditafsir sebagai kasih dan sayang, dianugerahkan sejak awal penciptaan manusia. Ketika Nabi Adam di dalam syurga yang penuh kenikmatan, masih terasa ‘kekosongan’ di hatinya. Lantas, Allah Yang Maha Mengetahui, segera menciptakan seorang perempuan, Hawa bagi mengisi kekosongan tersebut. Maka, terisilah keresahan dan kekosongan yang sebelum ini membelenggu jiwa Adam.

Jelaslah, cinta sudah bermula sejak di syurga. Tanpa cinta, pasti akan ada kekosongan dalam jiwa manusia.

Syurga adalah matlamat setiap manusia yang beriman. Allah menjanjikan syurga kepada mereka yang mengamalkan segala perintah-Nya dan meninggalkan apa dilarang. Orang yang layak menghuni syurga adalah mereka dalam kalangan yang baik-baik iaitu para rasul, nabi, siddiqin, syuhada dan solihin. Pahala adalah mahar untuk memasuki syurga. Justeru, cinta juga boleh dijadikan alat untuk mencapai hasrat itu. Jadilah kita insan yang baik-baik agar tergolong dalam kalangan penghuni syurga.

Cinta dilahirkan di tempat baik (syurga), dianugerahkan Yang Maha Baik (Allah), dinikmati kali pertama oleh orang yang baik (Nabi Adam AS) dan diwariskan kepada orang-orang yang baik (para solihin). Cinta lahirnya di syurga dan akan berakhir di syurga.

Bercinta kerana Allah

Cinta sesama manusia hanya alat untuk mencapai cinta Allah. Untuk menjaga kesucian cinta, jadikan cinta Allah sebagai dasar untuk mencintai manusia.

Cinta adalah ‘hadiah’ daripada Tuhan. Maka, kita perlu menghargai cinta dengan mendahulukan ‘pemberi’. Cinta bukanlah pendahulu bagi segala-galanya. Jangan taasub dengan cinta hingga merana jiwa dan lupa daratan.

Peliharalah cinta kerana Allah. Sucikan cinta dengan perkara-perkara disukai Allah. Berkasih sayang sesama manusia kerana Allah. Bagaimanapun, jangan biarkan cinta pada manusia mendahului cinta pada Allah.

Sayangnya, dunia hari ini terlalu disemai dengan cinta abadi sesama manusia. Manusia yang sanggup lupakan keluarga dan sanggup mati kerana cinta. Manusia yang lumpuh seluruh jiwa kerana cinta. Sedangkan, Allah sepatutnya menjadi yang pertama dalam meraih cinta. Cinta sekadar alat pelengkap kekosongan jiwa, namun ia bukanlah segala-galanya.

Jangan biarkan jiwa terus hanyut kerana kekecewaan dalam cinta. Bacalah al-Quran kerana anugerah ketenangan jiwa dengan mengamalkannya adalah cinta daripada Allah. Seperti mana firman Allah:

“Kami turunkan daripada al-Quran penawar-penawar dan rahmat bagi orang mukmin…

(al-Isra’: 82)

Begitu juga dengan amal ibadat lain. Jangan diabaikan kerana kita perlu cintai Allah melebihi segala-galanya. Ini termasuk mendirikan solat kerana menerusinya, kita mampu menghindarkan diri kita daripada ingkar terhadap ketentuan Allah dan dikurniakan ketenangan dalam hati.

Sentiasa menjaga peraturan cinta

Sebagaimana kurniaan lain, cinta dicetuskan dengan beberapa peraturan. Peraturan inilah yang mendorong manusia agar berada di landasan yang benar. Tanpa landasan ini, manusia akan tersasar kerana mengejar cinta.

Ia adalah syariat. Hukum halal (wajib), haram, sunat, makruh dan harus.

Jangan diabaikan yang wajib kerana cinta. Jauhilah yang haram kerana yang kemanisan dengan menempuh yang haram, maka akan berakhir dengan kepahitan. Bagi yang makruh dan harus, gunakanlah pertimbangan yang waras untuk melakukan atau meninggalkannya.

Pelihara cinta dalam rumah tangga

Cinta adalah ‘warisan’ Nabi Adam AS pada orang baik pada kemudian hari. Justeru, jadikanlah cinta sebagai alat untuk melakukan perkara yang baik-baik dalam rumah tangga.

Sabar, reda dan mujahadah semasa menjalankan tanggungjawab dan peranan dalam melayari bahtera rumah tangga.

Tiada rumah tangga yang tidak dilanda badai. Maka, tempuhilah ujian itu dengan penuh sabar dan ketenangan. Ingatlah, ujian datang tanda kasih sayang Tuhan kepada hamba-Nya. Semakin sayang Tuhan kepada kita, maka semakin hebat ujian diberi. Semuanya menuntut kesabaran dan ketakwaan.

Malah kecewa dalam bercinta di alam rumah tangga ujian kepada umat Islam selepas mengakui beriman kepada Allah.

Hal ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta…”

(al-Ankabut: 2-3)

Contohilah Ummu Sulaim yang mengingatkan suaminya bahawa anaknya adalah ‘pinjaman’ daripada Allah dan apabila anak itu kembali ke rahmatullah, ertinya ia dikembalikan kepada pemiliknya (Allah).

Mungkin contoh itu terlalu sukar untuk diteladani, namun contohilah ketabahan mereka dengan memaniskan wajah, menahan kata-kata yang buruk dan bertindak sebaiknya ketika ujian melanda rumah tangga.

Justeru, hadapilah setiap ujian dalam percintaan itu dengan tenang kerana yang terbaik sudah tentulah datangnya daripada Allah.

Saturday, December 5, 2009

Elak tangguh kerja...

Kewibawaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi setiap warga kerja di bawahnya. Andai setiap warga kerja itu cekap, amanah dan berdisiplin maka tidak timbul masalah ada kerja yang tidak sempat disiapkan atau timbunan kerja yang masih lagi memerlukan penelitian.

Persoalan yang sering menghantui sesebuah organisasi adalah kerja yang gagal disiapkan, padahal tempoh yang diberi lazimnya berpatutan.

Apabila diselidiki, ramai yang menyatakan masa tidak cukup untuk melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan. Semua ini adalah alasan yang biasa didengar oleh pihak pengurusan apabila sesuatu tugas tidak dapat dilaksanakan oleh warga kerjanya.

Punca masalah ini yang semakin hari semakin berleluasa adalah amalan menangguh kerja yang sering diamalkan oleh pekerja.

Pada mereka mungkin terlalu banyak kerja yang hendak disiapkan hingga tidak dapat mengenalpasti kepentingan sesuatu kerja tersebut kerana setiap tugasan yang diberi mempunyai tarikh tamat yang tersendiri.

Bagi mereka kerja yang lambat lagi perlu dihantar akan dibuat kemudian atau kadangkala lupa terus untuk dibuat.

Mereka akan memfokus menyiapkan kerja yang tarikh tamat hampir tiba terlebih dahulu. Sikap inilah yang menjadi punca utama kepada kegagalan sesebuah organisasi melaksanakan amanah dengan cemerlang.

Bertangguh bermakna kita dengan sengaja melambat atau tidak menyiapkan sesuatu kerja, aktiviti atau tugasan yang diamanahkan atas pelbagai alasan.

Sikap suka bertangguh ini ibarat virus atau barah yang senang membejati setiap pekerja dalam sesebuah organisasi. Cuba kita renungkan, berapa ramaikah pekerja yang akan membuat To Do List setiap hari apabila datang ke pejabat.

Pada kebiasaannya memang tidak ramai kerana pekerja yang mementingkan senarai itu adalah pekerja yang berdisiplin sahaja.

Umpamanya seorang setiausaha yang cekap, yang bertanggungjawab menjaga perihal ketua masing-masing dan perlu membuat kerja secara sistematik serta efisien.

Setiap setiausaha itu wajar membuat senarai kerja setiap hari kerana kelancaran urusan kerja bagi ketua mereka bergantung kepada kecekapan mereka.

Oleh itu, setiausaha yang tidak membuat kerja secara tersusun dan teratur akan dapat dilihat berdasarkan kepincangan di dalam urusan seharian.

Contohnya, pertindihan temujanji dengan klien atau ketua mereka tidak dapat menghadiri mesyuarat kerana tidak dimaklumkan sebelum tiba harinya.

Ini adalah masalah yang selalu terjadi akibat sikap setiausaha yang menganggap setiap tugasan yang diterima itu sama sahaja.

Selain itu, sikap bertangguh ini bukan sahaja disebabkan alasan yang tidak munasabah bahkan juga dijadikan amalan oleh pekerja masa kini.

Kadang-kadang sikap bertangguh itu terjadi kerana kita mengambil masa yang terlalu lama menguruskan hal peribadi sendiri tanpa memikirkan ada kerja yang menunggu dan perlu disiapkan.

Hal-hal yang tidak berkaitan dengan kerja selalu dijadikan keutamaan hingga menjejaskan kerja hakiki di pejabat. Setiap hari kerja kita akan diganggu oleh pelbagai kerenah manusia yang akan melambatkan kita menyelesaikan kerja yang telah dirancang seperti membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) peribadi. Menjawab telefon terlalu lama, kerap ke tandas, lebih suka berborak dari melakukan kerja yang diamanahkan, mengambil masa yang lama ketika rehat makan tengahari dan sebagainya.

Pelbagai alasan akan dicari atau direka sekiranya kerja yang perlu disiapkan itu tergendala.

Kenapa wujudnya sikap bertangguh?

Di antara faktor yang menyebabkan wujudnya sikap bertangguh ini adalah seperti berikut:

1. Pengurusan - Sistem pengurusan yang lemah termasuk dari segi pengurusan diri, masa, sumber dan tenaga.

2. Kesempurnaan - Pekerja mempunyai sikap kesempurnaan yang tinggi di dalam melaksanakan sesuatu kerja yang diberi.

Sikap ini sememangnya elok diamalkan tetapi sekiranya ia terlalu mementingkan kesempurnaan ia akan dikategorikan sebagai cerewet.

Oleh itu, sekiranya pekerja mengamalkan sikap yang demikian, maka sebenarnya tiada kerja yang dapat dilaksanakan.

3. Sikap sambil lewa - Pekerja mempunyai sikap yang tidak mengambil berat mengenai sesuatu tugasan yang diberi.

Mereka tidak menumpukan sepenuh perhatian dan gagal memberikan maklumat serta data yang diperlukan dalam menyiapkan tugasan.

Apabila kita bersikap sambil lewa atau ambil mudah maka tiada komitmen serta disiplin yang lemah terhadap diri kita dan tugas-tugas yang diserahkan segalanya pasti akan tertangguh.

4. Masalah fizikal - Pekerja yang mempunyai masalah kesihatan yang tidak mengizinkan mereka bergerak terlalu banyak dan pantas akan menyebabkan banyak kerja tertangguh.

Ini akan menyebabkan penurunan produktiviti kerja.

Strategi

Antara lain terdapat beberapa strategi yang telah dikenal pasti untuk mengatasi masalah ini seperti berikut:

1. Menetapkan matlamat bagi tempoh pencapaian kerja anda.

Pekerja hendaklah menetapkan tempoh untuk mencapai sesuatu matlamat kerja. Kaji tahap atau kedudukan pekerja sekarang berbanding dengan apa yang pekerja inginkan.

Kira dan tentukan berapa banyak masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

2. Merancang tugasan harian ketika di pejabat. Pekerja haruslah merancang tugasan harian di pejabat dengan membuat senarai tugas atau To Do List.

Pekara ini perlu dilakukan setiap hari sebelum balik dan sewaktu tiba di pejabat ketika awal pagi bagi memastikan penyusunan kerja yang penting diutamakan dan didahulukan.

Dengan membuat senarai tugasan mengikut prioriti yang perlu diuruskan, pekerja akan dapat mengenal pasti sekiranya ada tugasan yang tertunggak dan tidak dapat diselesaikan semalam akan diuruskan pada keesokan hari.

Perancangan

Pekerja juga boleh mengklasifikasikan kerja yang mana patut diutamakan dahulu dan kerja yang akan dibuat kemudian. Perancangan ini juga akan memberi gambaran kepada pekerja berapa banyak bebanan tugas yang harus diselesaikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

3. Mencari kaedah bagi mengingatkan pekerja. Untuk melakukan tugasan seperti mencatat dalam diari atau digital organizer, memakai palmtop, memasukkan maklumat kerja di dalam telefon atau menulisnya di kalendar meja dengan memasukkan maklumat bila tugasan tersebut perlu disiapkan.

4. Mengenal pasti tugasan mana yang lebih penting untuk mencapai matlamat sesuatu program atau aktiviti. Ia boleh dilakukan dengan menulis kelebihan dan kekurangan kenapa pekerja harus atau tidak melakukan kerja yang disenaraikan terlebih dahulu.

Proses ini mampu membantu untuk menyenarai pendek kerja-kerja yang tidak harus ada dalam senarai utama. Pekerja mesti membuat kerja yang harus dibuat dahulu bukan kerja apa yang hendak dibuat.

5. Menetapkan masa untuk menyiapkan tugasan setiap hari. Pekerja mesti mengenal pasti berapa lama masa yang akan diambil untuk menyiapkan tugasan pada hari itu dan berapa lama masa rehat yang mereka akan ambil.

Sebagai contoh, seorang pekerja akan membuat tugasan selama 40 minit dan kemudian mengambil masa 10 minit untuk berehat. Pekerja harus memastikan yang mereka mengikut masa yang ditetapkan untuk mencapai matlamat kerja.

Ia mungkin akan menyusahkan pekerja di awal pelaksanaan tetapi dalam jangka masa panjang mereka akan dapat menyesuaikan diri bilamana ia berjaya ditabiatkan.

6. Memastikan semua benda tersusun. Setiap pekerja haruslah memastikan semua benda di atas meja dan kawasan kerja mereka tersusun supaya memudahkan mereka untuk mencari dokumen dan ia akan menjimatkan masa.

7. Pengagihan kerja. Setiap pekerja haruslah memastikan bahawa sekiranya terdapat kerja yang terlalu banyak dan harus disiapkan dalam masa terdekat ia perlu diagihkan mengikut tugasan yang bersesuaian dengan tenaga dan masa yang diperuntukkan.

Sekiranya terlalu banyak kerja yang diminta kita buat, agih-agihkan tugas kepada bahagian yang lebih kecil.

Jika menghadapi kesukaran, dapatkan seseorang yang boleh membantu serta mahir dalam bidang tersebut.

8. Pekerja wajar memastikan diri mereka sentiasa siap siaga. Berada di dalam keadaan yang fokus untuk membuat tugasan setiap hari.

9. Menghadapi segala gangguan dengan berkesan. Pekerja hendaklah menetapkan masa bila mereka ingin melakukan sesuatu tugasan penting tanpa diganggu oleh keadaan sekeliling.

Sebagai contoh, pekerja boleh mencari tempat yang minimum gangguan untuk membuat tugasan yang memerlukan penumpuan yang khusus.

10. Menukar cara pemikiran kita (Anjakan Paradigma Minda). Setiap pekerja haruslah menukar cara pemikiran mereka dengan menyerapkan sifat-sifat positif dalam menjalankan amanah yang dipikul dengan penuh tanggungjawab bagi memajukan diri dan organisasi ke mercu kejayaan.

11. Memberi ganjaran terhadap diri. Pekerja boleh menetapkan ganjaran yang bersesuaian untuk diri sendiri apabila dapat menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan.

Justeru, tabiat menangguhkan kerja adalah amalan yang tidak sihat dan ia ditegah oleh Islam itu sendiri.

Berbanggalah dengan tugasan yang kita laksanakan seharian walau sekecil manapun kerja yang kita lakukan.

Insya-Allah, jika disertai nawaitu atau niat yang ikhlas dan menjalankan tugas adalah sebagai fardu kifayah, kita akan diganjari pahala di dunia dan akhirat.

Hidup kita akan bertambah barakah dan seterusnya organisasi serta agama kita akan maju atau berjaya menggapai mercu keterbilangan sewajarnya.

Ayuhlah kita realisasikan: '1 Syiar, 1 Qiblat dan 1 Agama'.

Dakwah Rasulullah ke Taif...

Bismillahirrahmanirrahim..................................

SELEPAS penduduk Mekah menentang Rasulullah, baginda mula risau terhadap keselamatan para pengikutnya. Baginda berusaha mencari tempat baru di luar kota Mekah.

Selepas berbincang, baginda pun memilih Taif yang terletak kira-kira 135 kilometer (km) ke arah Tenggara Mekah.

Baginda berharap para pembesar daripada Bani Thaqif akan menerima baginda dengan baik. Bani Thaqif mempunyai hubungan dengan Bani Hashim, iaitu keturunan baginda. Baginda bertolak ke Taif dengan pembantunya, Zaid bin Harithah. Perjalanan itu mengambil masa selama 10 hari.

Apabila sampai di Taif, mereka sangat kagum dengan keindahan daerah itu. Tanaman hidup subur dan binatang ternakan sangat sihat.

Rasulullah dan Zaid pergi menemui para pembesar daerah itu. Apabila baginda memberitahu niat baginda datang ke Taif, para pembesar segera menghalau mereka.

"Pergi kau dari sini. Kami tidak menyediakan tempat untuk orang seperti kau," halau para pembesar. Baginda juga dihina dan dicerca.

Rasulullah menerima cacian tersebut dengan tenang. Baginda tidak menaruh dendam kepada mereka. Para pembesar telah melakukan bermacam-macam perkara untuk menentang Rasullullah daripada berdakwah. Baginda tidak menghiraukan ugutan mereka. Baginda terus menyeru penduduk Taif agar memeluk agama Islam.

Apabila gagal mengusir Rasulullah, mereka menyuruh semua penduduk Taif mengejek dan menghina baginda. Ramai penduduk Taif akur. Apabila Rasulullah dan Zaid lalu di hadapan mereka, mereka akan mengejek baginda.

Namun baginda hanya tersenyum. Ada juga yang kagum dengan kesabaran baginda. Namun bilangan mereka itu kecil sahaja. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Penduduk Taif mencapai kayu dan batu lalu membaling ke arah Rasulullah dan Zaid. "Berlindunglah di belakang saya, Rasulullah," kata Zaid.

Zaid melindungi Rasulullah. Apabila ada kayu atau batu dibaling ke arah mereka, Zaid akan segera menepis.

Beliau mengalami luka parah akibat terkena batu dan kayu yang dibaling itu. Zaid tidak menghiraukan kesakitannya. Kasih sayangnya terhadap Rasulullah melebihi segala-galanya. Rasulullah hanya mengalami cedera ringan sahaja.

Rasulullah dan Zaid berjalan keluar dari Kota Taif dalam keadaan cedera dan keletihan. Baginda kesal dengan sikap penduduk Taif. Selama sepuluh hari baginda berdakwah dan mengajak mereka menyembah Allah, mereka masih enggan.

"Ya Allah, kepada-Mu aku mengadu. Aku hanyalah hamba-Mu yang lemah. Aku mengaku penghinaan manusia terhadapku," doa baginda sewaktu dalam perjalanan.

Malaikat Jibrail mendengar doa itu. Lalu meminta kebenaran untuk menurunkan bala ke atas penduduk Taif. Baginda tidak membenarkannya.

Baginda berdoa kepada Allah supaya memberikan rahmat dan hidayah kepada orang-orang yang telah menghina dan mencaci baginda.

Begitulah mulianya hati Nabi Muhammad SAW. Walaupun dihina, dikeji, malah dicederakan, baginda tetap mendoakan agar orang yang menganiayai baginda memperoleh kebaikan.

Sunday, November 29, 2009

Salam AidilAdha 1430H...


Assalamualaikum w.b.t

Salam AidilAdha 1430H. Semoga AidilAdha kali ni memberikan erti pengorbanan yang sebenar... InsyaAllah.

Friday, November 27, 2009

Silaturahim makin dilupakan...

Bismillahirrahmanirrahim.......................

SILATURAHIM adalah sunnah yang tidak lagi diminati masyarakat hari ini. Buktinya ada di mana-mana. Wujudnya kejengkelan terhadap silaturahim bermula daripada diri individu, seterusnya melanda kepada institusi kekeluargaan.

Ada banyak kes hari ini menunjukkan silaturahim bukan suatu ikatan yang diutamakan. Antaranya, kes pembunuhan ibu atau bapa oleh anak-anak, suami membunuh isteri yang sedang menyusukan anak atau isteri membunuh suami yang curang.

Hubungan kekeluargaan adalah satu usaha untuk membentuk masyarakat Islam yang berkualiti. Dalam hubungan ini, kepentingan setiap individu terjamin apabila setiap anggotanya saling sayang menyayangi, melindungi dan ingat-mengingati.

Allah s.w.t berfirman dalam surah An-Nisa' ayat 1, yang bermaksud: "Dan takutlah kepada Allah yang pinta-meminta kamu dengan nama-Nya dan (takutlah akan memutuskan) silaturahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu."

Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah sw.t. Ibu bapa juga orang yang paling hampir dengan kita dari aspek ikatan kekeluargaan dan pertalian darah.

Selayaknya ibu bapa menerima penghargaan yang amat besar daripada Allah s.w.t sebagai orang yang perlu dihormati kerana bersusah payah menjaga kita sejak dalam kandungan sehingga meningkat dewasa.

Iman seseorang juga tidak sempurna jika mencalarkan kebeningan hati ibu bapa. Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak dapat dibalas dengan apa jua perkara.

Pada zaman nabi, ada kisah yang berlaku ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah. Seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan cuaca sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya dan dia amat keletihan.

Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: "Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?" Ibnu Umar menjawab: "Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya."

Selain ibu bapa, kita juga harus menjaga silaturahim sesama jiran. Jiran tetangga adalah kerabat paling hampir dengan keluarga kita. Malah, hubungan rapat dan mesra yang terjalin kadangkala melebihi sanak-saudara.

Allah s.w.t memerintahkan manusia supaya berlaku baik terhadap jiran tetangga, sama ada jiran tetangga dekat ataupun jauh. Ini jelas sebagaimana firman-Nya dalam surah An-Nisaa', ayat 36 yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah, dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya."

Sabda baginda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga seorang yang jiran tetangganya tidak aman daripada kejahatannya." (Riwayat Muslim)."

Silaturahim yang dipupuk dalam diri sendiri membawa kepada ikatan kekeluargaan, seterusnya diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat yang mempunyai banyak kebaikan di dunia dan akhirat.

Pernah diriwayatkan mengenai rumah yang tidak dimasuki syaitan. Antara rumah yang dibenci syaitan ialah rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan silaturahim, menjaga adab dan berbakti kepada orang tuanya. Selain itu, ia termasuk rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan yang soleh dan solehah serta saling faham memahami dan bertolak ansur selain suka memaafkan orang lain dan rumah yang sentiasa dipenuhi dengan ucapan salam dan meminta izin.

Rumah sebegini yang dipenuhi dengan amalan mulia, akan memupuk ikatan silaturahim berpanjangan.



Salam AidilAdha 1430H.........

Luqman

Sunday, November 22, 2009

Kediaman...

d'latania


Master Bedroom


Living Room

Friday, November 20, 2009

Waktu-waktu Doa Mustajab...

Bismillahirrahmanirrahim........................

· Di tengah malam atau sepertiga malam yang akhir

· Selepas solat fardu

· Berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk

· Ketika dalam peperangan atau darurat

· Ketika sujud

· Ketika dizalimi orang

· Ketika musafir

· Bapa mendoakan kebaikan anak

· Ketika wukuf di Padang Arafah

· Selepas solat Subuh sebelum terbit matahari

· Selepas solat Asar

· Ketika mahu berbuka puasa

· Ketika sakit

· Doa pada malam Lailatulqadar

· Doa pada malam Jumaat

· Doa dalam Masjidil Haram

· Berdoa dalam Masjid Nabawi (terutama di Raudhah)

· Berdoa di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis

· Apabila khatam membaca al-Quran

· Doa raja yang adil

· Doa anak yang taat kepada ibu bapa

· Doa ketika tawaf mengelilingi Kaabah

· Berdoa dekat Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah) di Masjidil Haram

· Berdoa di belakang makam Nabi Ibrahim di Masjidil Haram

· Berdoa di Hijr Ismail

· Berdoa di mana juga masjid kerana ia rumah Allah

Thursday, November 19, 2009

Menjaga Hak Keturunan Rasulullah S.A.W Dalam Perkawinan...

Bismillahirrahmanirrahim......................

Jabal Thur

Seperti kita telah ketahui dalam beberapa hadits Rasulullah S.A.W, jika ada seseorang yang tidak memelihara hak keturunan Rasulullah S.A.W (syarifah) tersebut, maka ketahuilah bahwa orang tersebut tidak akan mendapat syafa'at dari Rasulullah S.A.W, sebagaimana hadiths beliau yang diriwayatkan oleh Thabrani, Al-Hakim dan Rafi'i:


"… maka mereka itu keturunannku diciptakan (oleh Allah) dari darah dagingku dan dikurniai pengertian serta pengetahuanku. Celakalah (neraka wail) bagi orang dari ummatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubunganku dari mereka. Kepada mereka itu Allah tidak akan menurunkan syafa'atku."

Dari hadiths di atas dapat kita fahami bahwa keturunan Nabi S.A.W akan terputus hubungannya dengan Nabi S.A.W, jika terjadi perkawinan antara syarifah dengan lelaki yang nasabnya tidak menyambung kepada nabi S.A.W. Mengapa demikian ? Kerana anak dari perkawinan syarifah dengan lelaki yang bukan keturunan Rasulullah S.A.W, adalah bukan seorang sayyid (bukan keturunan Rasulullah S.A.W). Dan jika syarifah tersebut melahirkan anak yang bukan dari hasil perkawinan dengan seorang sayid, maka putuslah hubungan nasab anak tersebut dengan Rasulullah S.A.W, dan nasab anak tersebut berlainan dengan nasab ibunya yang bernasab kepada Rasulullah S.A.W. Dan inilah yang dimaksud dengan pemutusan hubungan dengan Rasulullah S.A.W.

Dan jika telah terjadi pemutusan hubungan tersebut, maka menurut hadiths di atas Nabi Muhammad S.A.W tidak akan memberi syafa'atnya kepada orang yang memutuskan hubungan keturunannya kepada Rasulullah S.A.W.

Kafaah syarifah merupakan salah satu dari keredhaan Rasulullah S.A.W. Hal ini dijelaskan dengan hadiths-hadithsnya pada uraian yang terdahulu. Maka sudah menjadi kewajiban bagi kaum muslimin yang beriman untuk menjaga dan melaksanakan perkawinan syarifah dengan yang sekufu' agar mendapat redha Rasulullah S.A.W. Sebaliknya jika ada orang yang bukan keturunan Rasulullah S.A.W menikah dengan seorang syarifah, maka mereka dengan terang-terangan telah melecehkan hadiths Rasulullah S.A.W, dan orang tersebut dapat digolongkan sebagai orang yang tidak menunjukkan akhlak yang baik kepada Rasulullah S.A.W, bahkan orang tersebut telah termasuk golongan yang menyakiti Siti Fathimah dan seluruh keluarganya.

Disamping itu terdapat pula hadiths-hadiths lain yang mensinyalir bahwa seorang laki-laki yang tidak mengenal hak-hak keturunan Rasulullah S.A.W, di mana nasabnya tidak bersambung kepada Rasulullah S.A.W tetapi menikahi seorang syarifah, dapat digolongkan sebagai seorang munafik, anak yang lahir dari hasil tidak suci, yaitu dikandung oleh ibunya dalam keadaan haidh, atau bahkan dapat dikatakan orang tersebut adalah anak haram! Sebagaimana hal itu disebutkan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Adi' dan Al-Baihaqi dalam Syu'ab Al-Iman meriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib, ia berkata bahwa Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barangsiapa tidak mengenal hak keturunanku dan Ansarnya, maka ia salah satu dari tiga golongan: Munafiq, atau anak haram atau anak dari hasil tidak suci, yaitu dikandung oleh ibunya dalam keadaan haidh".

Terakhir, mari kita mengkaji kembali dengan teliti beberapa peringatan Rasulullah S.A.W yang diberikan kepada umatnya, agar kita tidak termasuk orang yang dapat dikategorikan melecehkan perkataan Rasulullah S.A.W dengan sengaja melanggar hak-hak keturunan beliau S.A.W, ataupun memutuskan hubungan beliau S.A.W dengan anak cucunya melalui pernikahan syarifah dengan lelaki yang bukan sayyid.

Marilah kita para keluarga Alawiyin berusaha agar tetap menjaga dan memelihara hak-hak keturunan Rasulullah S.A.W tersebut dengan baik. Semoga Allah memberi kekuatan iman kepada kita semua untuk tetap menjaga dan memelihara hak-hak keturunan beliau S.A.W dengan baik.

Amiinn