Cinta Anugerah Istimewa Allah.............

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, October 31, 2010

Mulianya seorang isteri disisi Allah....

Bismillahirrahmanirrahim..............................



Mulianya seorang isteri disisi Allah...

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri

mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak

Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.....



Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... Jadi 'kilang ' manusia.

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...

7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..

sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.



Satu lagi berita gembira untuk wanita,

Sepanjang dia mengandung, Allah sentiasa mengampunkan dosanya,

Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?



Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggapn mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.

Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi

Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.



Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.

Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah keatasnya jua..



Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..



Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.



Sesingguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.

Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki.

Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.



Woman was made from the rib of man,

She was not created from his head to top him,

Nor from his feet to be stepped upon,

She was made from his side to be close to him,

From beneath his arm to be protected by him,

Near his heart to be loved by him.



"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ....
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......




Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.

Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.


Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah' , kamu pasti berjaya!"



Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10


Sunday, October 24, 2010

Hobin Jang Hobin!!!


Ghuso Perkaso!!! Hobin Jang Hobin...

Jom ghamai2 moriahkan Stadium Bukit Jalil. Kali ni biar kito yang ponuh an stadium 2...

Tuesday, October 19, 2010

FB: Bahagia atau bahana?

“TAK ada facebook? Alah, ketinggalan zamanlah kau ni, tak modenlah.”


Dialog biasa yang kita dengar kalau berani berterus terang kepada teman-teman bahawa kita tidak pernah mewujudkan akaun facebook (FB) sendiri. Pendek kata, kalau mahu berasa seiring dengan masa dan tak mahu ‘dimalukan’ oleh kawan-kawan.


Saya membuka akaun FB pada awal 2008. Saya perlu berterima kasih kepada Mark Zuckerberg kerana mewujudkan laman sosial ini. Di situlah, saya berjaya mencari hampir 100 teman-teman lama sewaktu di alam persekolahan.


Juga berkomunikasi dengan saudara mara, jauh dan dekat. Ada kenduri kendara, ada keluarga bertambah bilangan ahli, kawan-kawan kemalangan dan sebagainya, di sinilah ‘pusat sumber’ kita. Sementelah FB secara percuma, apa yang nak dirisaukan, balun sajalah sampai tutup mata (tidur).


Pun, ada yang tidak senang dengan FB, barangkali mereka yang menerima natijah negatif daripada laman sosial ini.


Saya tidak nafikan, dalam kebaikan yang dibawa, FB turut sama membawa sejuta masalah, gejala negatif dan tidak sihat. Ada orang menjadikan FB sebagai luahan perasaan yang tidak munasabah. Tidak kurang yang mahu menunjuk-nunjuk harta benda, kemewahan dan kesenangan diri.


Lebih dahsyat lagi, ada juga yang menjadikan FB sebagai medium menghina manusia lain tanpa usul periksa. Bicara tanpa bertentang mata, pasti akan ada saja khilaf penerimaannya.


Malah yang lebih keterlaluan, pergaduhan suami isteri pun disampaikan dalam FB. Saya pernah membaca status seperti ini di FB “Dah bertahun-tahun kahwin, sudah banyak aku berkorban, apa yang aku dapat?” Malah, ada yang minta cerai dalam laman sosial ini. Masya Allah. Kalau saya, saya terus menyekat diri daripada menjadi sahabat kepada orang sebegini.


Tak kurang juga ada teman yang telah ‘membuang’ saya daripada senarai secara tiba-tiba, hanya semata-mata kerana saya tidak menjawab soalan dia, “Sudah makan ke belum? Buat apa tu? Sihat ke hari ini?” Huhuhu! Sedih!


Kalau setakat persoalan yang sebegitu dan kebetulan kita tiada masa untuk melayan, apakah ‘berdosa’ kalau kita tidak memberi respons? Entahlah labu!

FB akan membawa kebaikan kalau kita gunakan ia ke arah kebaikan. Tetapi ia menjadi sebaliknya kalau kita menjadikan FB sebagai ruang sembang memudaratkan.


Justeru, berhati-hatilah untuk menerima teman yang memohon berada dalam list anda. Tak semua yang mendaftar sebagai teman itu ikhlas dan jujur. Ada juga yang hanya mahu menjadi pengintip, mencari kelemahan dan kekurangan kita, kemudian menyebarkannya kepada pihak lain.


Ada juga yang masuk ke senarai kita hanya semata-mata untuk menulis yang bukan-bukan. Isu perkauman, isu lucah, isu politik yang merapu, macam-macam lagi onar.


Berselindung di sebalik nama palsu, gambar metafora dan fotografi unik, orang seperti ini tidak boleh berada dalam senarai teman sosial kita. Ia hanya akan mengundang seribu kemungkinan yang kita sendiri tidak boleh jangkakan.


Oleh itu, terimalah kawan yang anda sudah pasti membawa kebaikan, memberi motivasi dan berinteraksi dengan darjah silaturahim yang tinggi. Walaupun hanya berteman di alam maya, adalah sangat penting untuk kita mempunyai teman sosial yang baik.