Cinta Anugerah Istimewa Allah.............

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 17, 2011

Bersikap matang agar rumah tangga berkekalan....

Suami matang bahagiakan rumahtangga
Sebenarnya, tidak susah bagi suami membisikkan kata-kata pujian ke telinga isterinya setiap kali menikmati masakan atau melihatnya berpakaian baru. Berilah hadiah, walaupun kecil, sebagai tanda penghargaan suami terhadap isteri apabila menyambut hari jadinya.

  • Bisikkan kata-kata pujian ke telinga isteri setiap kali isteri mencuba pakaian baru ataupun menyediakan masakan untuk keluarga. Berilah hadiah kecil ataupun ciuman sebagai tanda anda menghargai kehadiran isteri anda.
  • Seorang suami yang matang, pastinya dapat mengawal rasa kemarahan apabila berlaku krisis rumah tangga. Jangan gunakan kekerasan kepada isteri seperti meninggikan suara yang keterlaluan. Nasihati secara lembut kerana hati seorang wanita akan tersentuh dengan kelembutan.
  • Seorang isteri juga memerlukan masanya sendiri, walaupun selepas berkahwin. Untuk itu, beri kebebasan sedikit kepada isteri untuk bertemu dengan rakan-rakan lama. Jangan cemburu kepada isteri dan bersikap buruk sangka.
  • Di awal perkahwinan, mungkin akan berlaku sedikit masalah kewangan kerana banyak wang digunakan untuk majlis perkahwinan. Untuk itu anda perlu bijak mencari wang dan mengajar isteri anda bersabar.
  • Seorang suami yang matang juga perlu mengaku bersalah, sekiranya benar-benar melakukan kesalahan. Kurangkan sikap ego kerana anda berhadapan dengan isteri yang telah berkongsi hidup dengan anda.
  • Dalam kehidupan berumah tangga perselisihan faham, adalah perkara biasa. Perselisihan faham akan membuatkan anda lebih memahami pasangan. Jadi apabila ada perselisihan faham, pastikan ia tidak melarat hingga boleh membawa kepada perpisahan.
  • Seorang suami yang matang, akan tahu mengambil hati isteri. Agar isteri lebih dihargai, anda boleh meminta buah fikiran ataupun pendapatnya.

Renung - renungkanlah... Selamat beramal.

Sunday, October 30, 2011

HOBEN JANG HOBEN!!!

Anda komen sendiri tentang gmbar2 nie:-






Thursday, October 27, 2011

Pertengkaran lebih eratkan hubungan...

Assalamualaikum w.b.t

KEHIDUPAN suami isteri ibarat gigi dan lidah. Justeru, kadangkala pertengkaran tidak dapat dielakkan walaupun membabitkan soal remeh-temeh.

Bukan semua pertengkaran itu tidak baik kerana ia juga boleh mendatangkan kebaikan, mematangkan suami isteri malah kehidupan berumah tangga.

Pertengkaran juga membolehkan pasangan meluahkan apa yang terbuku di hati daripada memendam rasa yang akhirnya memudaratkan diri sendiri. Jangan bertengkar sekadar membalas dendam atau menegakkan benang basah.

Pertengkaran adalah petanda awal dalam perkahwinan iaitu suami isteri cuba menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka.

Apabila berkahwin, segalanya harus dikongsi. Kehidupan berkongsi itu termasuk minat, selera, cara hidup dan perasaan yang tentunya ada perbezaan serta perselisihan. Pertengkaran dapat menyatukan semula perbezaan itu.

Malah bagi mereka yang dapat mengatasi perselisihan, ia mungkin akan lebih mengeratkan hubungan suami isteri. Jika berlaku pertengkaran, jangan terlalu mencari kelemahan pasangan dan jangan hanya mencari kemenangan. Sebaliknya, berusaha mencari jalan penyelesaian.

Renungkan perkara berikut yang mungkin boleh dijadikan iktibar:

  • Jika pertengkaran itu berkaitan sesuatu topik, jangan membabitkan hal lain kerana ia boleh memburukkan keadaan. Jangan bertindak menggunakan fizikal atau menggunakan kata-kata kasar dan menyakitkan hati. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman menggunakan nada suara yang rendah.
  • Jangan membiasakan diri menyendiri atau menjauhkan diri daripada pasangan selepas bertengkar. Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan terpaksa membawa diri, jangan membuat keputusan terburu-buru. Selain itu, jangan pula menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana ia akan menyebabkan berlaku pertengkaran yang lebih hebat.
  • Jangan biarkan pihak ketiga seperti mentua, ipar atau adik-beradik terbabit dalam pertengkaran. Selesaikan secara baik antara suami isteri.
  • Elak bercakap panjang. Dalam menjalin perhubungan yang matang, hormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila bertanya dengan panjang lebar mengenai kesalahannya, ia boleh mencetuskan rasa kurang selesa. Cari jalan penyelesaian supaya perkara itu tidak berulang.
  • Tiada dendam dalam percintaan. Apabila hati seseorang itu benar-benar disakiti, dia akan bertindak balas untuk menyakiti hati pasangannya. Alasannya, biar pasangannya rasa bersalah dan turut rasa apa yang dia rasakan selama ini. Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kita benar-benar kurang profesional.

Monday, September 26, 2011

Mencari Erti Sebuah Perkahwinan....

Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan.

Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa.

Ketika nabi Adam tinggal di Syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan.

Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."

Berkahwin Kerana Ibadah

Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama.

Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahwat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah.

Kerana itulah, setiap Muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.

Perkahwinan mithali adalah model perkahwinan cemerlang menurut acuan Islam bersandarkan ikatan kasih murni angota keluarga menuju redha Allah.

Perkahwinan mithaliah bermula dengan matlamat yang jelas lagi tersuluh.

Syariat Islam menitikberatkan perkahwinan ditegakkan sebagai satu ibadah dan mampu mendekatkan diri dengan Allah. Perkahwinan dibuat atas keinginan untuk memenuhi tuntutan syariat dan Sunnah RAsulullah S.A.W. Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dan al-Baihaqi, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku."

Dengan pendekatan ini, perkahwinan mithali dapat membendung masyarakat daripada penyakit-penyakit yang menular disebabkan hubungan seks yang liar dan bebas.

Perhubungan seks yang haram ini menimbulkan pelbagai kompilasi dalam masyarakat seperti lahirnya anak luar nikah, hubungan sejenis, penyakit-penyakit kelamin seperti VD dan AIDS serta menghapuskan keturunan.

Perkahwinan mithali juga perlu berpaksikan al-Quran dan Sunnah sebagai tonggak keluarga.

Prinsip ini berasaskan hakikat bahawa manusia tidak boleh melewati batas-batas kefitrahannya sebaliknya perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai hamba Allah dan khalifah dalam sebuah keluarga khasnya dan komuniti yang lebih besar amnya.

Cinta Dan Kasih Sayang

Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam.

Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti.

Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap Baitul Muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan.

Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerana fitrah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang.

Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah ar-Rum:30 :

"Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan Tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."

Tarbiyah Dan Pendidikan

Pendidikan adalah tema penting dalam sesebuah perkahwinan mithali.

Kecemerlangan dan kehebatan anak-anak yang menjadi tunjang dan penyeri sebuah keluarga bermula daripada pendidikan yang diberikan oleh ibubapa.

Haluan yang dipilih perlulah ditapis daripada elemen-elemen yang tidak sihat yang menjadi punca keruntuhan sebuah keluarga.

Perlu diingatkan bahawa anak-anak adalah aset yang mewarisi kepimpinan negara pada suatu hari nanti.

Pentarbiyahan dan pendidikan yang diterapkan perlu berteraskan ketauhidan kepada Allah, kecintaan kepada Rasul seterusnya menjunjung al-Quran sebagai kalam Allah yang tidak ada keraguan baginya.

Ibu dan bapa yang prihatin akan sentiasa membentengi anaknya daripada kebejatan moral dan akhlak yang tenat pada mutakhir ini seperti vandalisme, hedonisme dan materialisme yang menatijahkan keruntuhan Iman dan akhlak anak-anak mereka.

Begitu juga, pendidikan anak-anak bukan hanya terpikul di atas bahu ibu atau bapa sahaja, malah kedua-dua ibu dan bapa bertanggungjawab membentuk keluarganya ke arah keluarga mithali yang hebat dan cemerlang.

Lelaki atau bapa merupakan ketua bagi setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa ayat 34 bermaksud:

"Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan)."

Selaku pemimpin, pentadbir, penguasa dan pelindung rumah tangga suami wajib memastikan hal ehwal rumah tangga berjalan lancar. Isteri pula perlu mengembelingkan segala potensi kelembutan, ketabahan dan kepekaannya untuk mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik.

Pendidikan anak akan menentukan keindahan dan kejayaan perkahwinan mithali untuk jangka masa yang panjang.

Kita melihat fenomena hari ini di mana anak-anak berselerak dan terbiar disebabkan perkahwinan ibu bapa yang tidak mithali.

Ibu bapa melepaskan tangan dalam perjuangan mendidik anak-anak.

Amat malang sekali sekiranya kita berbuih mulut bercakap tentang perjuangan Islam sedangkan anak-anak seperti itik yang terlepas dari kandang, terbiar dan membawa diri dalam dunia sendiri.

Sebelum berkahwin sepatutnya pasangan lelaki dan perempuan mendalami dan memfaqihkan diri tentang ilmu-ilmu selok belok rumahtangga. Paling penting kedua-dua pasangan perlu sembahyang dan taat kepada perintah Allah.

Ibu Bapa Mithali

Perkahwinan mithali bermula dari ibu dan bapa yang mithali.

Kita pasti berasa malu sekiranya pasangan suami isteri tidak mampu menjadi contoh kepada anak-anak dek kerana kejahilan tentang Islam yang disengajakan.

Kita tidak mahu ibu dan ayah hanya terkelu lidahnya apabila diminta anaknya mengajar tentang solat, doa-doa harian dan bacaan al-Quran yang betul.

Contoh terunggul perkahwinan mithali tentunya datang dari junjungan mulia Rasulullah S.A.W.

Baginda Rasulullah selaku suri teladan sepanjang zaman telah meletakkan Khadijah binti Khuwailid sebagai wanita pertama yang bertakhta di hati baginda dan berjaya menakluki hati Rasulullah dengan cinta yang tidak pernah kunjung padam.

Keindahan perkahwinan baginda terungkap dalam pergaulannya dengan Khadijah dan isteri-isteri yang lain.

Kehadiran putera dan puteri serta cucu baginda telah menyerikan lagi kehidupan keluarga Rasulullah.

Mengimpikan sebuah perkahwinan mithali, hanya tinggal mimpi jika kita tidak menyelak kembali sejarah hidup baginda sekeluarga yang amat indah itu.

Tegasnya perkahwinan mithali yang aman dan bahagia adalah impian pasangan suami isteri.

Namun bukan semua rumahtangga mampu melakar dan mengekalkan kebahagiaan.

Terdapat rumah tangga yang tergadah dengan kekusutan yang tiada jalan penyelesaian malah penceraian menjadi kemuncak pemilihan kerana kemurkaan terhadap hambanya.

Janganlah gelanggang perkahwinan hanya satu platform atau pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama tanpa dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan.

Perkahwinan bukan hanya satu testing ground tetapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan Iman.

Setia dan Sedia Dalam Ikatan...................

"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)

Membina ikatan persis membina sebuah mahligai terindah, tapaknya perlu kukuh atas landasan kecintaan, dilengkapi batu bata kepercayaan dan diperteguh tiang kasih sayang. Tampak cantik dihias rona bebunga di taman, saat mentari pagi menyimbah cerlang sinarnya. Si Tiung singgah mengalun, berkicauan lagu cinta, saksi romantisnya jiwa. Namun, membinanya bukanlah semudah menyaksikannya, nampak kirana di mata tetapi memerlukan kudrat dan keringat dalam memacunya.

"Lelaki yang baik diciptakan untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik."

Dalam memateri sebuah ikatan, elemen setia dan sedia menjadi perlambangan sejauh mana kekuatan sebuah ikatan. Berseminya ikatan tanpa kesetiaan, ibarat menunggu rumah ditelan rebah. Bertautnya ikatan tanpa kesediaan, ibarat menanti mahligai musnah berkecai.

Saat memilih untuk membina ikatan, eloklah diteliti apakah kita telah melengkapi keduanya. Bersetia menjalin cinta dan menongkah badai kehidupan bersama. Tidak pernah goyah diduga godaan, tidak pernah rebah diuji cabaran apatah lagi gundah disuntik rintangan. Hidup bersama rencahnya berjuta. Tika itulah kesetiaan benar-benar memainkan peranan.

Apabila lengkap elemen kesetiaan, lihatlah pula kepada elemen kesediaan. Usah sekadar terpesona dengan lafaz dan janji di bibir manis, namun intailah kesediaan menerima yang tak pernah gerimis. Ilmu agama disisip kemas di dada, agar hasutan syaitan dan iblis bisa ditepis. Sedia membimbing dan dibimbing. Nafsu amarah bukan wasilah melampiaskan kemarahan bukan pada tempatnya. Toleransi sebagai benteng utuhnya rukun sebuah ikatan.

''Sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah wanita solehah''

Ketahuilah wanita solehah, bahawa dirimu amat bernilai. Selautan emas waima segunung permata bukan tandinganmu kerana dirimu jauh lebih tinggi nilainya di kaca mata Islam. Usah mudah memberi cinta, kelak binasa jiwa. Sebaliknya, ujilah si dia agar simpulan kasih tidak mudah terungkai, ikatan sayang tidak mudah bercerai.

Jika ingin memilih membina ikatan, maka bersiagalah kerana era penuh air mata dan duka akan menantimu. Kuatkanlah keteguhan nalurimu agar segala yang ditempuhi mendapat inayah-Nya. Ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam si mawar berduri. Sebaik ditanam tidak terus berputik bunga kirana, tetapi tumbuh dahulu duri yang berbisa.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Manusia yang utama adalah orang mukmin yang alim. Jika diperlukan dia diberikan manfaat, jika tidak diperlukan, dia pun kaya dengan dirinya sendiri."

Bagi arjuna, keperkasaan bukanlah bukti kelelakian sebenarmu. Layar bahtera akan dapat terus menyusur pantai impian, walau badai merempuh apabila mahligai ikatan dinakhodakan oleh lelaki yang beriman. Bisa melindungi dan membajai kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

Menjadi pemimpin terulung kebanggaan pasangan, menyalur bimbingan dan pendidikan kepada ahli keluarga dan tidak merelakan diri menjadi dayus sehingga di akhirat kelak mendapat celaka. Bijaksana dalam merencana keputusan agar tidak menyinggung hati dan perasaan. Rasulullah menjadi tauladan dalam menjadi suami idaman. Suami ibarat mentari, memberi cahaya dan kehangatan. Isteri bagai bulan, cantik dan indah dipandang.

''Selembar benang berkait, akhirnya berpakai jua, setapak kaki berdikit, akhirnya berdiri juga''

Kepada sesiapa yang merasa diri masih bergelut dalam kekurangan dan belum memenuhi elemen-elemen ini, jadi bermulalah sekarang. Andai diri tidak setia, belajarlah memahami hakikat kesetiaan, signifikannya dalam ikatan.

Andai diri tidak sedia, namun mengharap bunga di taman larangan, penuhilah pengetahuan agama di dadamu. Kalungkanlah di jiwamu rasa tanggungjawab walaupun rasa jahil membelenggumu. Muhasabahlah diri agar terbinanya hubungan berkekalan hingga penghujungnya.

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadan....


Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. “Siapa yang berpuasa Ramadan dengan keimanan dan mengharap redha Allah , akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.
[Hadith riwayat Al-Bukhari]

Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua.. Semoga Ramadan kali ini memberikan 1001 kenikmatan dan kemeriahan dalam menjalankan ibadah puasa.. Salam Ramadan...

Sunday, February 20, 2011

Hubungan Intim Waktu Pagi. Petang atau Malam?

Bismillahirramanirrahim............................

Bila bercakap tentang waktu untuk hubungan intim, rata-ratanya ramai memilih malam hari. Tapi sedarkah anda bahawa seks sebenarnya tidak semestinya dilakukan dl waktu bulan menjelma. Anda masih punya pilihan lain iaitu pagi dan petang. Namun menurut pengkaji sememangnya terdapat perbezaan antara hubungan intim yang dilakukan dl waktu pagi, petang dan malam.. Berikut adalah kelebihan dan kekurangannya, telitikan dan pilihannyaterserah pada anda.


Waktu Tengahari


Waktu siang selalunya dikatakan waktu untuk berehat sebentar setelah melakukan kerja dari pagi hingga tengah hari. Pada waktu ini biasanya orang akan merasa bebas dari beban kerja, sehingga tidak ada faktor yang akan menghalang fungsi seksual.

Tapi selalunya suasana tengah hari yang terang benderang dan panas merupakan suasana yang tidak selesa dalam mem-berikan rangsangan seksual. Selain itu rasa kepenatan yang dirasai setelah ejakulasi biasanya menimbulkan rasa ngan-tuk, dan boleh menjadi gangguan untuk anda menerus-kan pekerjaan.


Waktu Malam


Suasana hening, redup dan tenang, teru-tama kalau anda tinggal jauh dari kota memberi-kan ketenangan sekali gus rangsangan seksual. Biasanya mereka yang sudah terlepas dari beban aktiviti harian akan mudah merasai ghairah seksual.


Di samping itu orgasma dan kepuasan seksual umumnya menimbulkan sensasi dan hormon adrenaline yang membuat ngantuk setelah bersama akan membuatkan anda mampu tidur dengan nyenyak.


Waktu Pagi


Pada waktu pagi, tubuh dan fikiran masih segar setelah tidur nyenyak semalam. Tentu saja kesegaran ini akan mendorong anda untuk melakukan hubungan seksual yang lebih memuaskan.Di waktu pagi atau menjelang pagi, golongan lelaki khususnya sering kali masih menyimpan sisa ereksi spontan yang berlaku ketika tidur pada malam hari. Ereksi spontan itu kerap kali menjadi rangsangan yang lebih membangkitkan dorongan seksual golongan ini.


Selain itu hubungan yang dilakukan pada pagi hari akan berjalan dengan lancar dan lebih mengghairahkan kerana kedua belah pihak masih dalam keadaan segar. Bagaimanapun, perkara sebaliknya juga harus difikirkan, suasana pagi selalu dikaitkan dengan persiapan kerja dan memulakan kerja. Waktu ini sering menimbulkan rasa tidak tenang dan tergesa-gesa Jningga akan menghalang fungsi seksual, malah jika berlangsung ^pun ia tidak akan memuaskan.


Apatah lagi setelah orgasma, kerap kali rasa mengantuk dan lelah akan dirasai. Sudah tentu dengan keadaan ini menyebabkan anda tidak dapat memberi tumpuan pada kerja. Lebih buruk lagi anda mungkin terus menjadi malas untuk pergi bekerja, atau terlambat masuk kerja. Namun sebenarnya sekiranya anda mampu benar-benar berfikir tentang kebaikan melakukan seks di pagi hari, maka badan dan fikiran anda akan terasa lebih segar dari biasanya. Semuanya kerana anda telah memulai hari baru dengan sesuatu yang menyeronokkan.


Namun ada juga pasangan yang merasai perkara sebaliknya. Setelah penat bekerja di waktu siang ada yang merasai keletihan di malam hari. Keletihan ini menjadi penghalang fungsi seksual anda sehingga aktiviti seks tidak berjalan lancar dan memuaskan.


Bila perkara ini terjadi, anda akan berhada-pan dengan gejala psikosomatik yang antara lain menyebabkan kesukaran tidur. Kesulitan tidur akan mengganggu aktiviti fizikal dan mental anda untuk melanjutkan aktiviti keesokan hari-nya.


Mana satu pilihan anda? Pagi, petang atau malam? Tapi sebelum memilih, ada baiknya anda meminta persetujuan daripada pasangan anda. Variasi melakukan hubungan seksual pada waktu yang berbeza-beza sebenarnya akan memberikan sensasi erotik yang lebih memuaskan berbanding anda melakukannya pada waktu yang sama saja.

Renung-renungkanlah.....

Berapa umur sesuai untuk kahwin?

Bismillahirrahmanirraim.............................

Kahwin lah kamu, kerana perkahwinan itu dapat mengelakkan diri dari perbuatan keji dan mungkar. Itulah salah satu kebaikan berkahwin, namun berapakah umur yang sesuai untuk sebuah perkahwinan?


Mungkin ada yang kahwin diusia muda, ada plak yang kahwin diusia agak tua. Ada pulak orang
muda yang kahwin orang tua, macam-macam. Bagi seorang lelaki, mungkin tidak sama kesuaiannya untuk berkahwin jika dibanding dengan wanita.

Orang tua-tua selalu kata, bagi lelaki umur yang sesuai untuk kahwin adalah antara usia 25-33 tahun. Tapi bagi perempuan pulak kata mereka antara 20-26 tahun. Itu masa paling ideal bagi pasangan, jika ekonomi dah ok laaa...


Bagi lelaki, jika umur lebih 30 tahun itu biasa, tapi tidak bagi perempuan. Biasanya, bila perempuan itu dah mencecah angka 30 dan belum kahwin, ia sebenarnya sudah agak lewat, bukan tak boleh kahwin, tapi agak lewat.

Bagi perempuan yang kahwin umur 20 tahun tu biasa, tapi bagi lelaki, jika kahwin pada umur 20, tu namanyer gateeee... sebab masa tu belum ada ekonomi yang kukuh untuk rumahtangga. Nak kasi duit hantaran pun tak cukup.


Bagaimana pula pandangan anda? Tepuk dada tanyalah hati....

Majlis Bertunang, Apa yang dibincangkan?

Bismillahirrahmanirrahim.........................

Majlis pertunangan bukanlah sekadar mengikat pertalian antara seorang perempuan dan lelaki yang akan dinikahkan, namun dalam majlis itu juga kedua-dua belah pihak boleh mengambil peluang untuk “berbincang” tentang masa depan pertalian tersebut. Namun mesyuarat dalam majlis pertunangan bukanlah seperti mesyuarat di pejabat. Ia selalunya diiringi dengan pantun, lawak jenaka dan makan-makan (biasanya lah). Senang kata, mesyuarat ini lebih santai dan tidak terlalu formal.

Biasanya, majlis akan dimulakan dengan pihak lelaki & perempuan akan memperkenalkan diri masing-masing dan ahli keluarga yg datang. Kemudian disusuli pula dengan penyataan daripada pihak lelaki mengenai tujuan kedatangan mereka. Haa.. kat sini lah biasanya sesi pantun-memantun memantun hangat diadakan. (Zaman sekarang jarang dah yang berpantun ni...)

Kemudian, barulah masuk part yg serius sikit iaitu mesyuarat/perbincangan mengenai perkara berbangkit. Sebenarnya, apa yang perlu dibincangkan dalam semasa rombongan meminang ni?

3 perkara penting yang mesti dikemukakan dalam majlis ini ialah:


1. Tarikh majlis pernikahan dan perkahwinan

Biasanya tarikh yang ditetapkan adalah tarikh jangkaan. Sesetengah orang juga menetapkan satu jangkamasa seperti (dalam tempoh 6 bulan selepas pertunangan dsb.)

2. Jumlah hantaran yang dipersetujui


Sesetengah keluarga / adat negeri menghendaki wang hantaran dibayar separuh semasa pertunangan. Manakala separuh lagi dibayar sewaktu pernikahan. Ada orang yang turut menyatakan cara pembayaran dilakukan. Cara yang selamat ialah duit hantaran tersebut di bank-in terus ke akaun atau bawa cek sahaja. Jangan sesekali meletakkan cash atas dulang hantaran. Sangat merbahaya. Banyak kes kecurian telah berlaku semasa majlis-majlis seperti ini.


3. Tempoh pertunangan


Berapa lama tempoh tali pertunangan ini, 6 bulan, 1 tahun, 2 tahun ? Kalau pihak lelaki dah cukup modal, bertunang 6 bulan lebih baik.


4. Gantirugi yang perlu dibayar sekiranya pasangan memutuskan pertunangan.


Pada mulanya saya fikir, perkara yang ke-3 ini tidak seharusnya disebutkan. Ya lah, benda-benda yang buruk ni.. kita tak boleh cakap selalu. Lagi banyak kita bercakap, lebih tinggi potensinya untuk berlaku. Namun selepas melihat senario yang sering berlaku sekarang, nampaknya hal yg ke-3 itu sangat penting dan tidak boleh ditinggalkan dalam majlis ini (samalah halnya seperti menyatakan lafaz takliq dalam majlis pernikahan).


Kita tidak perlu bincangkannya secara panjang lebar, cukuplah pihak lelaki mengemukakan cadangannya. Dan pihak perempuan pula menyatakan persetujuannya. Jika pihak perempuan ingin menambah cadangan, sebutkannya supaya semua saksi yang hadir dapat mendengar perkara itu dengan jelas.


Seelok-eloknya elakkan pertikaman lidah semasa majlis pertunangan. Tujuan kita adalah untuk menghubungkan tali silaturrahim, bukan untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Sebab itu, perlunya ada sikap bertolak ansur dan rasa kasih sayang sesama sendiri. Perbincangan yang boleh diringkaskan, kita ringkaskan. Satu pihak menyatakan, dan satu pihak mempersetujuinya. Itu sahaja.


Ehhmm.. cakap memang senang. Kadang-kadang, kita & parents dah setuju dah..tapi karang keluar pulak suara-suara dari pak-pak sedara yang membangkang penyataan pihak pencadang. Tak salah, tapi sampaikanlah perkara yg tidak dipersetujui dengan cara yg beretika. Kekalkan kesopanan dan tata-susila orang Melayu. Cakap biar berhalus. Orang Melayu ni hatinya sensitip (kata mak sedara saya).


Terima kasih

Monday, February 14, 2011

Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam...







Biasanya bila kita adakah majlis perkahwinan, selalunya ada upacara persandingan mempelai, sama ada belah lelaki atau perempuan. Tapi, apa sebenarnya yang islam telah gariskan mengenai persandingan ini, boleh ker? Tak boleh ker? Haram ker...atau apa hukum persandingan ni sebenarnya. Jom kita baca artikel kat bawah.


1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.

3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".

Himpunan Ayat Al-Quran & Hadis Mengenai Perkahwinan...

Bismillahirrahmanirrahim........

01.
Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

02. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

03. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

04. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

05. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

06. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

07. Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kamu. (An-Nissa: 23)

08. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)

09. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

10. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.

11. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

12. "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

13. "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)

14. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).

15. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.

16. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."

17. Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."

18. "Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

19. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

20. "Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)

21. "Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Semoga kita sama-sama dapat manfaat darinya.

Sunday, January 23, 2011

10 tip kekalkan rasa cinta

Bismillahirahmanirrahim......

Setelah lama menyepi, akhirnya blog ni kembali terisi. Kali ni dengan tajuk yang cukup berguna buat pasangan yang sudah berkahwin...

Perkahwinan merupakan jalinan cinta antara dua hati. Selain saling memahami antara satu sama lain, keintiman antara pasangan yang baru berkahwin menjadi perkara asas yang harus ada. Keintiman akan hadir jika kita saling bertoleransi, mengambil berat dan bertolak ansur dengan pasangan kita. Sesibuk mana pun kita dengan kerja, kita harus sentiasa memberi masa untuk pasangan agar rasa cinta itu terus mekar dan subur dalam hati. Berikut adalah tip untuk mengekalkan rasa cinta dengan pasangan:

* Luangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk bersembang dengan pasangan anda agar kehangatan dan rasa cinta itu sentiasa subur.

* Belai pasangan anda dengan ciuman manja sebagai tanda penghargaan diri anda kepada dirinya, malah senyuman juga memain peranan penting dalam meneruskan perjalanan awal untuk mencipta hubungan antara pasangan. Biarkan mata anda berkelip-kelip manja sebagai tanda anda terlalu merindui dirinya.

* Hangatkan hubungan cinta anda dengan si dia dengan memberi kejutan ciuman di lehernya semasa si dia membuat kerjakerja di meja komputer ketika atau semasa sedang berehat di rumah.

* Sesekali ketika bersantai di rumah bersama si dia, berikan urutan kepadanya, lagipun bukan untuk orang lain tetapi kepada insan yang kita disayangi. Berikan ciuman romantik atau tunjukkan mesej melalui isyarat badan terhadap si dia.

* Atau anda boleh menulis kepadanya menyatakan sesuatu tentang kelebihan dirinya. Letakkan ayat-ayat ‘cinta ‘ itu di dalam dompet tangan atau beg kerja untuk memberi kejutan kepada dirinya.

* Buktikan perasaan cinta anda pada si dia, berikan dia satu ciuman romantic diikuti dengan pelukan sebagai tanda penghargaan diri. Setiap pasangan sentiasa inginkan dirinya dibelai dan disayangi.

* Usah malu dengan si dia, peluklah si dia dengan pelukan erat, luahkan kata-kata cinta kepadanya dan berikan ciuman romantik untuknya.

* Kebanyakan lelaki gemarkan pujian daripada seseorang, lebih-lebih lagi daripada isterinya. Sambil itu si isteri bolehlah menepuk bahu si suami sebagai tanda memuji kehebatan dirinya.

* Walaupun telah berkahwin dan memiliki anak, tidak salah untuk menyatakan ucapan cinta dan sesekali apa salahnya tinggalkan pesanan ringkas pada si dia, mungkin ia boleh mengimbau kembali zaman percintaan anda suatu ketika dulu. Anda boleh meluahkan kata-kata cinta anda kepada si dia untuk menghangat keintiman hubungan anda.


Sekian, wassalam...