Suami matang bahagiakan rumahtangga
Sebenarnya, tidak susah bagi suami membisikkan kata-kata pujian ke telinga isterinya setiap kali menikmati masakan atau melihatnya berpakaian baru. Berilah hadiah, walaupun kecil, sebagai tanda penghargaan suami terhadap isteri apabila menyambut hari jadinya.
- Bisikkan kata-kata pujian ke telinga isteri setiap kali isteri mencuba pakaian baru ataupun menyediakan masakan untuk keluarga. Berilah hadiah kecil ataupun ciuman sebagai tanda anda menghargai kehadiran isteri anda.
- Seorang suami yang matang, pastinya dapat mengawal rasa kemarahan apabila berlaku krisis rumah tangga. Jangan gunakan kekerasan kepada isteri seperti meninggikan suara yang keterlaluan. Nasihati secara lembut kerana hati seorang wanita akan tersentuh dengan kelembutan.
- Seorang isteri juga memerlukan masanya sendiri, walaupun selepas berkahwin. Untuk itu, beri kebebasan sedikit kepada isteri untuk bertemu dengan rakan-rakan lama. Jangan cemburu kepada isteri dan bersikap buruk sangka.
- Di awal perkahwinan, mungkin akan berlaku sedikit masalah kewangan kerana banyak wang digunakan untuk majlis perkahwinan. Untuk itu anda perlu bijak mencari wang dan mengajar isteri anda bersabar.
- Seorang suami yang matang juga perlu mengaku bersalah, sekiranya benar-benar melakukan kesalahan. Kurangkan sikap ego kerana anda berhadapan dengan isteri yang telah berkongsi hidup dengan anda.
- Dalam kehidupan berumah tangga perselisihan faham, adalah perkara biasa. Perselisihan faham akan membuatkan anda lebih memahami pasangan. Jadi apabila ada perselisihan faham, pastikan ia tidak melarat hingga boleh membawa kepada perpisahan.
- Seorang suami yang matang, akan tahu mengambil hati isteri. Agar isteri lebih dihargai, anda boleh meminta buah fikiran ataupun pendapatnya.
Renung - renungkanlah... Selamat beramal.
No comments:
Post a Comment