Cinta Anugerah Istimewa Allah.............

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, November 15, 2009

Piala Malaysia 2009 mula diarak...

Hujan lebat lewat petang semalam tidak menghalang sambutan besar-besaran meraikan skuad bola sepak Negeri Sembilan yang berjaya menjuarai Piala Malaysia selepas penantisan selama 61 tahun.

Dengan pemain diarak menaiki bas tanpa bumbung bersama trofi Piala Malaysia, mereka menemui peminat seawal pukul 3.30 petang di Dataran Senawang walaupun sedikit terganggu berikutan hujan lebat.

Kesemua kesebelasan utama skuad Hobin Jang Hobin termasuk jurulatih, Wan Jamak Wan Hasan berada dalam bas yang diberi kawalan keselamatan oleh anggota polis itu kemudiannya mengelilingi kawasan sekitar Senawang.

Turut sama dalam perarakan itu ialah beberapa kenderaan penyokong dan kumpulan motosikal yang membawa bendera Negeri Sembilan.

Rombongan pemain itu kemudiannya melepasi kawasan Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi sebelum singgah untuk sesi bertemu peminat di pusat membeli belah Centre Point, di sini.

Ketika di Centre Point, pemain turut bertemu dengan peminat selain memberikan poster dan sebagainya sebagai tanda terima kasih kerana menyokong pasukan ini sehingga muncul juara Piala Malaysia 2009.

Sementara itu pada pukul 5 petang, ketika hujan mula berhenti, beberapa pemain kembali berada di tingkat atas bas yang tidak berbumbung itu sambil melambai-lambaikan tangan kepada orang ramai semasa melalui kawasan stesen bas Terminal One di sini.

Mereka kemudiannya ke taman rekreasi City Park, Seremban 2, di mana program perarakan itu berakhir dan lebih 1,000 penyokong skuad Negeri Sembilan, sudah sedia menanti kehadiran wira bola sepak negeri itu.

Antara pemain yang hadir itu termasuklah ketua pasukan, Idris Karim, Reezal Zambery Yahya, Shahurain Abu Samah, Shukor Adan, Ching Hong Aik serta beberapa tonggak muda lainnya.

No comments: