
Assalamualaikum w.b.t
Salam AidilAdha 1430H. Semoga AidilAdha kali ni memberikan erti pengorbanan yang sebenar... InsyaAllah.
"Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya, dan aku yang terbaik untuk keluargaku." (Hadith riwayat Al-Tirmizi)
Bismillahirrahmanirrahim.......................
SILATURAHIM adalah sunnah yang tidak lagi diminati masyarakat hari ini. Buktinya ada di mana-mana. Wujudnya kejengkelan terhadap silaturahim bermula daripada diri individu, seterusnya melanda kepada institusi kekeluargaan.
Ada banyak kes hari ini menunjukkan silaturahim bukan suatu ikatan yang diutamakan. Antaranya, kes pembunuhan ibu atau bapa oleh anak-anak, suami membunuh isteri yang sedang menyusukan anak atau isteri membunuh suami yang curang.
Hubungan kekeluargaan adalah satu usaha untuk membentuk masyarakat Islam yang berkualiti. Dalam hubungan ini, kepentingan setiap individu terjamin apabila setiap anggotanya saling sayang menyayangi, melindungi dan ingat-mengingati.
Allah s.w.t berfirman dalam surah An-Nisa' ayat 1, yang bermaksud: "Dan takutlah kepada Allah yang pinta-meminta kamu dengan nama-Nya dan (takutlah akan memutuskan) silaturahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu."
Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah sw.t. Ibu bapa juga orang yang paling hampir dengan kita dari aspek ikatan kekeluargaan dan pertalian darah.
Selayaknya ibu bapa menerima penghargaan yang amat besar daripada Allah s.w.t sebagai orang yang perlu dihormati kerana bersusah payah menjaga kita sejak dalam kandungan sehingga meningkat dewasa.
Iman seseorang juga tidak sempurna jika mencalarkan kebeningan hati ibu bapa. Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak dapat dibalas dengan apa jua perkara.
Pada zaman nabi, ada kisah yang berlaku ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah. Seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan cuaca sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya dan dia amat keletihan.
Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: "Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?" Ibnu Umar menjawab: "Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya."
Selain ibu bapa, kita juga harus menjaga silaturahim sesama jiran. Jiran tetangga adalah kerabat paling hampir dengan keluarga kita. Malah, hubungan rapat dan mesra yang terjalin kadangkala melebihi sanak-saudara.
Allah s.w.t memerintahkan manusia supaya berlaku baik terhadap jiran tetangga, sama ada jiran tetangga dekat ataupun jauh. Ini jelas sebagaimana firman-Nya dalam surah An-Nisaa', ayat 36 yang bermaksud:
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah, dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya."
Sabda baginda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga seorang yang jiran tetangganya tidak aman daripada kejahatannya." (Riwayat Muslim)."
Silaturahim yang dipupuk dalam diri sendiri membawa kepada ikatan kekeluargaan, seterusnya diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat yang mempunyai banyak kebaikan di dunia dan akhirat.
Pernah diriwayatkan mengenai rumah yang tidak dimasuki syaitan. Antara rumah yang dibenci syaitan ialah rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan silaturahim, menjaga adab dan berbakti kepada orang tuanya. Selain itu, ia termasuk rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan yang soleh dan solehah serta saling faham memahami dan bertolak ansur selain suka memaafkan orang lain dan rumah yang sentiasa dipenuhi dengan ucapan salam dan meminta izin.
Rumah sebegini yang dipenuhi dengan amalan mulia, akan memupuk ikatan silaturahim berpanjangan.
Salam AidilAdha 1430H.........
Luqman
Bismillahirrahmanirrahim........................
· Di tengah malam atau sepertiga malam yang akhir
· Selepas solat fardu
· Berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk
· Ketika dalam peperangan atau darurat
· Ketika sujud
· Ketika dizalimi orang
· Ketika musafir
· Bapa mendoakan kebaikan anak
· Ketika wukuf di Padang Arafah
· Selepas solat Subuh sebelum terbit matahari
· Selepas solat Asar
· Ketika mahu berbuka puasa
· Ketika sakit
· Doa pada malam Lailatulqadar
· Doa pada malam Jumaat
· Doa dalam Masjidil Haram
· Berdoa dalam Masjid Nabawi (terutama di Raudhah)
· Berdoa di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis
· Apabila khatam membaca al-Quran
· Doa raja yang adil
· Doa anak yang taat kepada ibu bapa
· Doa ketika tawaf mengelilingi Kaabah
· Berdoa dekat Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah) di Masjidil Haram
· Berdoa di belakang makam Nabi Ibrahim di Masjidil Haram
· Berdoa di Hijr Ismail
· Berdoa di mana juga masjid kerana ia rumah Allah
Hujan lebat lewat petang semalam tidak menghalang sambutan besar-besaran meraikan skuad bola sepak Negeri Sembilan yang berjaya menjuarai Piala Malaysia selepas penantisan selama 61 tahun.Dengan pemain diarak menaiki bas tanpa bumbung bersama trofi Piala Malaysia, mereka menemui peminat seawal pukul 3.30 petang di Dataran Senawang walaupun sedikit terganggu berikutan hujan lebat.
Kesemua kesebelasan utama skuad Hobin Jang Hobin termasuk jurulatih, Wan Jamak Wan Hasan berada dalam bas yang diberi kawalan keselamatan oleh anggota polis itu kemudiannya mengelilingi kawasan sekitar Senawang.
Turut sama dalam perarakan itu ialah beberapa kenderaan penyokong dan kumpulan motosikal yang membawa bendera Negeri Sembilan.
Rombongan pemain itu kemudiannya melepasi kawasan Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi sebelum singgah untuk sesi bertemu peminat di pusat membeli belah Centre Point, di sini.
Ketika di Centre Point, pemain turut bertemu dengan peminat selain memberikan poster dan sebagainya sebagai tanda terima kasih kerana menyokong pasukan ini sehingga muncul juara Piala Malaysia 2009.
Sementara itu pada pukul 5 petang, ketika hujan mula berhenti, beberapa pemain kembali berada di tingkat atas bas yang tidak berbumbung itu sambil melambai-lambaikan tangan kepada orang ramai semasa melalui kawasan stesen bas Terminal One di sini.
Mereka kemudiannya ke taman rekreasi City Park, Seremban 2, di mana program perarakan itu berakhir dan lebih 1,000 penyokong skuad Negeri Sembilan, sudah sedia menanti kehadiran wira bola sepak negeri itu.
Antara pemain yang hadir itu termasuklah ketua pasukan, Idris Karim, Reezal Zambery Yahya, Shahurain Abu Samah, Shukor Adan, Ching Hong Aik serta beberapa tonggak muda lainnya.
Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:
1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.
2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.
3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.
6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.
Ya, mereka berhak untuk kalah dan tidak selayaknya untuk menang kerana tindak-tanduk mereka bukan aksi untuk muncul sebagai juara. Mereka seolah-olah bukan lagi bertanding tetapi sekadar bermain bola sepak dengan menyepak ke sana-sini, corak kekalahan yang boleh dikategorikan tanpa maruah.
Seolah-olah prestasi mereka sudah sampai ke kemuncaknya sewaktu menundukkan Perlis bagi melayakkan diri ke peringkat akhir Piala Malaysia dengan corak permainan yang jauh berbeza. Bagaikan tiada apa lagi yang perlu dikejarkan. Mereka mengecewakan seluruh harapan penyokong Kelantan dan peminat bola sepak keseluruhannya yang ingin melihat persembahan yang menarik, tanda kebangkitan sukan itu di peringkat negara.
Mereka mengecewakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang berhempas pulas memberi nafas semula kepada sukan yang menuntut kepada dana yang begitu besar selain komitmen yang begitu tinggi.
Para penyokong yang berkorban masa dan wang ringgit bagi memenuhi stadium pula hanya menang sorak dan sebahagian daripada mereka bukan sekadar pulang kecewa tetapi memburukkan lagi keadaan dengan perangai yang memalukan, mengaibkan dan memualkan.
Mungkin belum pernah insiden seburuk ini dicetuskan oleh mana-mana penyokong ketika pasukan mereka beraksi di final bagi merebut piala berprestij itu. Mereka seperti lazimnya mudah berpaling tadah apabila pasukan mula menunjukkan tanda-tanda untuk kalah.
Namun apabila mereka mula merusuh dengan lontaran botol air, mercun dan membakar kerusi dan bendera negeri, mereka membenarkan persepi umum bahawa selama ini penyokong Kelantan liar dengan menunjukkan gedede dan onar tak bertempat. Ini juga menggambarkan yang mereka sememangnya dari dahulu tidak berubah. Ini adalah perbuatan orang yang tidak bertamadun.

Sedangkan saban tahun, akan ada pasukan yang kalah dalam perlawanan akhir, tetapi para penyokong mereka masih boleh menerima kenyataan.
Malam kelmarin, ketika harapan menggunung tinggi, dalam keghairahan yang meluap, prestasi sang Kijang tersembam ke peringkat paling dalam dan cuti umum yang diisytiharkan oleh kerajaan negeri Kelantan bertukar menjadi hari berkabung bola sepak Kelantan.
Kesalahan mulai dituding ke sana-sini, daripada pemain, jurulatih dan pemimpin persatuan ketika sebenarnya, umum tiada yang menyangka Kelantan mampu mara sebegitu jauh dengan beraksi di peringkat akhir dalam dua kejuaraan tahun ini.
Namun ramai percaya bahawa ketidakupayaan pemain menerima tekanan dalam perlawanan yang begitu besar menyebabkan para pemain hilang punca - gugup dan gopoh serta tidak mampu mengawal bola dengan hantaran-hantaran meliar.
Tiba-tiba sahaja, tiada seorang pemain pun yang berupaya mencaturkan rentak dan corak permainan manakala barisan pertahanan pula masih jauh dari kesesuaian taraf bagi mengisi skuad negeri.
Ketika pelbagai ganjaran menunggu jika pulang sebagai juara serta masa depan yang lebih baik bagi mereka sebagai pemain bertaraf profesional, tahap ketahanan mental yang masih rapuh memusnahkan segala impian peribadi mereka. Mereka seolah-olah dibuai dengan pelbagai ganjaran. Mereka lena dibuai-buai.
Sekarang, siapa yang harus dipersalahkan? Siapa pula yang harus membayar ganti rugi setelah pelbagai kerosakan yang berlaku?
KAPTEN pasukan Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya mencium Piala Malaysia yang disampaikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.
HAIRUDIN Omar bersama Idris Abd Karim (kanan) dan Mohd Farizal Harun (kiri) dari pasukan Negeri Sembilan meraikan kemenangan mereka selepas memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia di
Kenangan penulis meraikan kemenangan pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil.
Sebaliknya malam malang penuh hampa buat Wira Merah kerana biarpun bertemankan majoriti penonton, mereka masih gagal mematahkan tanduk Si Rusa yang melonjak megah meraikan kejayaan bersejarah sekali gus memberikan hadiah tidak ternilai buat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang baru ditabalkan 26 Oktober lalu.
Jika bersandarkan sejarah kejohanan, inilah Piala Malaysia pertama yang berjaya menebus kehampaan Negeri Sembilan pada tahun 2000 dan 2006 setelah ditewaskan Perak dan Perlis pada perlawanan akhir.
Sebelum ini, Negeri Sembilan pernah sekali muncul juara iaitu pada 1948 ketika kejohanan ini menggunakan nama, Piala HMS-Malaya.
Dimulai Shahurain Abu Samah pada minit ke-18, disambung Hairuddin Omar seminit selepas rehat dan dilengkapkan Mohd. Zaquan Adha Abd. Radzak tanggal minit ke-59, tiada apa yang mampu dilakukan Kelantan melainkan memanjangkan penantian dan rasa kempunan yang mencecah 39 tahun untuk menikmati trofi itu.
Gol tunggal Kelantan pada masa kecederaan babak kedua pada minit ke-93 menerusi sepakan bebas ketua pasukannya, Indra Putra Mahayuddin sekadar satu sagu hati yang mengubat luka barisan Wira Merah yang terpaksa menelan hakikat pahit keputusan ini.
Kecuaian bek kiri Kelantan, Zamri Ramli mengawal bola daripada hantaran lambung ke kotak penalti menghukum pasukannya dengan gol pertama Negeri Sembilan hasil rembatan kencang Shahurain Abu Samah pada minit ke-18 tanpa mampu ditepis Mohd. Halim Napi.
Dua minit sebelum rehat, Hairuddin Omar nyaris melebarkan kedudukan Si Rusa dengan gol kedua tetapi tandukan kencangnya sekadar sipi beberapa inci daripada tiang gol Kelantan selepas mendapat umpanan lintang S. Kunanlan dari sebelah kiri.
Namun hanya seminit babak kedua bermula, Hairuddin menebus kegagalan itu dengan tandukan yang menjerat Halim secara solo hasil hantaran sebelah kiri gandingan serangannya, Zaquan Adha sekali gus menjelmakan gol kedua Negeri Sembilan.
Gol yang meragut 90 peratus semangat juang Kelantan itu muncul gara-gara sangkaan barisan belakangnya yang meleset bahawa Hairuddin yang dipinjam daripada T-Team bagi Piala Malaysia musim ini, sudah berada dalam keadaan ofsaid.
Zamri sekali lagi menambah derita Kelantan gara-gara menarik tangan Shahurain yang sudah mencerobohi kubunya pada minit ke-58 lantas menghadiahkan sepakan penalti buat Negeri Sembilan yang tenang disudahkan Zaquan Adha seminit kemudian.
Ketinggalan tiga gol itu hanya tambah memberangkan penyokong Si Kijang yang bukan sahaja beransur-ansur meninggalkan tempat duduk bahkan melontar pelbagai objek termasuk mercun sehingga berkepul-kepul asap tebal di ruang angkasa gelanggang tanda tidak puas hati.
Malah ada diantaranya membakar kerusi di tempat duduk penonton.
Perlawanan yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 RTM itu turut disaksikan Tuanku Muhriz di samping Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.
Negeri Sembilan mendapat hadiah bonus apabila pemainnya, Shukor Adan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir itu.




