Cinta Anugerah Istimewa Allah.............

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 29, 2010

Majlis pertunangan dengan belanjawan bijak


Pertunangan merupakan satu majlis yang cukup ringkas dan sederhana. Walaupun begitu, tanpa persediaan dan perancangan yang rapi, kos perbelanjaan yang sepatutnya dapat dikurangkan mungkin akan tersasar jauh daripada yang sepatutnya.

Tip 1: Antara perkara penting yang harus difikirkan adalah soal hantaran. Setiap pasangan perlu menyenaraikan barang-barang yang ingin diberikan kepada pasangan masing-masing. Untuk menjimatkan kos, sudah tentu anda harus menyenaraikan barang-barang yang anda rasakan benar-benar perlu sahaja. Anda disarankan menghantar sebahagian sahaja barang hantaran, dan selebihnya dihantar semasa majlis perkahwinan anda nanti.

Tip 2: Jika anda membeli barang di saat-saat akhir, sudah tentu anda tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membeli dengan harga yang lebih mahal. Sebaliknya, jika perancangan telah dibuat dengan lebih awal, barang-barang mungkin dapat dibeli pada harga yang lebih murah. Lebih-lebih lagi jika ada promosi atau jualan murah. Dalam hal ini, anda mampu mendapatkan barangan yang berkualiti pada harga yang jauh lebih rendah.

Tip 3: Mahu lebih jimat? Bagi anda yang mempunyai adik-beradik atau ahli keluarga lain yang masih menyimpan barang-barang majlis mereka, apa kata anda pinjam sahaja daripada mereka. Tiada masalah untuk menggunakan kembali barangan-barangan yang sedia ada jika anda seorang yang kreatif. Sama ada dari segi busana, hantaran, mahupun aksesori. Semuanya boleh diubah suai atau diperbaharui mengikut kreativiti.

Tip 4: Jumlah jemputan anda pada hari itu menentukan jumlah bajet yang anda perlu peruntukkan untuk hidangan. Jadi, bagi majlis yang sederhana sebegini, jemputlah ahli keluarga, saudara-mara, teman serta jiran terdekat sahaja. Jangan lupa memilih dan menyenaraikan jenis lauk-pauk yang hendak dihidangkan kepada para tetamu.

Tip 5: Bagi anda yang ingin mengajak lebih ramai kaum keluarga dan kenalan untuk menghadiri majlis anda, ini sedikit sebanyak menambahkan kos jamuan, khemah, dan sebagainya. Jadi, yang perlu dilakukan adalah berbincang dengan keluarga anda, siapa dan berapa anggaran jemputan supaya anda tidak berasa malu dengan para jemputan andai kata makanan atau ruang tidak mencukupi.

Tip 6: Selain menyeronokkan, majlis anda akan lebih meriah dengan mengadakan kenduri secara bergotong-royong. Di samping menjimatkan kos berbanding menggunakan katering, anda tentu berpuas hati apabila melihat kaum keluarga dan sahabat handai bersama-sama melakukan kerja-kerja pertunangan atau perkahwinan anda. Hal ini tidak semestinya sesuai diadakan di luar bandar, malah di bandar juga digalakkan.

Sunday, April 11, 2010

Milik Negeri Sembilan...............

NEGERI Sembilan muncul juara Piala FA 2010 selepas menewaskan Kedah 5-4 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Begitupun, kemenangan tersebut diraih menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan masa tambahan.

Penjaga gol Negeri Sembilan, Sani Anuar Kamsani tampil sebagai wira apabila berjaya menyelamatkan sepakan terakhir pemain Kedah, Mohd. Sabre Mat Abu untuk membolehkan pasukannya menjuarai Piala FA buat kali kedua selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2003.

Ternyata semangat tidak berputus asa yang dipamerkan pemain-pemain Negeri Sembilan sepanjang perlawanan tersebut berbaloi walaupun pada suatu ketika ketinggalan 0-1 namun berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan.

Dengan kombinasi pemain berpengalaman dan pemain muda, skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu mudah menyerap segala tekanan untuk mengekang serangan yang dilakukan oleh Kedah.

Bagaimanapun, Kedah yang dibarisi rata-rata pemain muda membuka tirai jaringan menerusi Badrol Bakhtiar yang melambung cantik bola hasil gerakan satu dua dengan Mohd. Fadly Baharum sekali gus menewaskan penjaga gawang Negeri Sembilan yang dikawal oleh Sani Anuar pada minit ke-27.

Negeri Sembilan yang tersentak dengan gol pendahuluan Kedah kembali memperkemaskan jentera serangan mereka dan gerakan solo Mohd. Shaffik Rahman berjaya menghadiahkan gol penyamaan buat pasukannya pada minit ke-39 untuk mengikat keputusan seri 1-1 sehingga tamat babak pertama.

Ketumpulan bahagian serangan Negeri Sembilan yang diterajui Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak agak ketara dan beberapa peluang untuk menambah jaringan dipersia-siakan.

Sebaik babak kedua bersambung, kedua-dua pasukan tampil lebih agresif tetapi tetap gagal untuk menggegar gawang.

Kedudukan seri 1-1 kekal sehingga memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Begitupun, aksi pada masa tambahan ternyata penuh mendebarkan dengan percubaan-percubaan berbahaya yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Namun, kekentalan barisan pertahanan baik Negeri Sembilan mahupun Kedah berjaya mengekang segala asakan dan menyaksikan jentera serangan kedua-dua pasukan masih gagal untuk memperoleh gol kemenangan.

Pada penentuan sepakan penalti, Negeri Sembilan lebih bernasib baik kerana berjaya menyempurnakannya sebaik mungkin sekali gus tampil sebagai juara Piala FA edisi ke-21 ini.

Kami Juara!!!


Monang laei...........


Milik kito!!!

Saturday, April 10, 2010

Jumpo kek Bukit Jalil.................


Samo2 kito meriahkan stadium malam ni......


Friday, April 9, 2010

Hoben Jang Hoben...




Bawa balik piala FA plak...